Baby Muqarrabin : Hadiah dari Allah

Ketika baby Muqarrabin berusia 30 hari. Hatiku semakin tenang menerima qada' dan Qadar dari Allah. Ujian bagi kami sekeluarga dengan kehadiran cahaya mata yang mempunyai masalah Klef bibir dan lelangit. 




Teringat lagi dengan pertanyaan dari Doktor Pakar yang pecahkan ketuban saya ketika itu :


"Puan tak tahu ke baby Klef?" selepas melihat raut wajahku terkejut sebaik beberapa minit bayi dilahirkan secara normal. 


"Tak tahu doktor. Sebab masa scan berwarna pada usia kandungan 19 weeks, tidak menunjukkan keganjilan pada scan. Kepala baby pun menunduk, dan doktor minta repeat scan kalau nak tengok lagi muka baby."


"Oh. Takpe, baby puan kita bawa ke NICU sekarang."


Ketika berehat di katil dalam labour room. Dengan uri masih tidak dikeluarkan lagi. Hati saya tenang setenangnya. Tidak tahu nak sedih atau bagaimana sebab tenagaku habis digunakan sewaktu proses kelahiran. Tidak dapat berfikir apa-apa langsung. 


Proses bersalin boleh baca dalam artikel bersalin pada 36 weeks


Jam 1.43 pagi bersalin pada 12.12.2024 dengan berat baby 2.64 kg . Saya dihantar ke wad bersalin kembali pada jam 4 pagi, setelah melihat saya  stabil. 


"Jangan risau puan. Masalah Klef ni kita boleh repair kemudian, puan berehat ya?"

Teringat semasa di labour room, doktor dan staff nurse disana memujukku apabila melihat mata ku mula berkaca dan menunggu masa untuk empangan air pecah. 



Selepas 24 jam diriku di hospital wad bersalin. Berjaya discharged, tetapi bukan bersama baby. 


Sebelum keluar wad. Ada seorang doktor pelatih lelaki yang tegur saya :


"Puan, hari ni dah boleh discharged ye. Boleh berehat di rumah. Call suami minta datang ye settle bill."


"Oh. Okay. Tapi baby? tak boleh balik sekali kan? dia ada masalah Klef je kan?"


"Puan tak tahu ke? bukan masalah Klef bibir tu je. Ada masalah lain lagi."



"Doktor cuba tanyakan doktor yang merawat baby saya tu."


"Nanti saya cuba tanya ya."



Hati saya mulai sudah tidak sedap lagi. Tidak setenang seperti semalam di labour room! Terus saya berbaring di katil untuk tidur. Kiri, kanan, depan dan belakang dikelilingi  ibu-ibu yang masih menanti proses sakit bersalin dan yang sudah bersalin. Tangisan baby lain juga kedengaran.


Selepas hati saya tenang kembali, tangan mencapai laci wad sebelah katil. Hajatnya mahu whatsapp suami. 


"Bang, jangan bersedih dengan kelahiran ke-5 kita ni ye? mungkin ni rezeki besar kita sekeluarga. Harap abang terima seadanya baby."

Satu chat whatsapp berjaya dihantar kepada suami sebelum suami datang menjemput saya pulang. 


"ok."


Sebenarnya, saya sendiri yang bersedih di wad bersalin, Seorang diri menahan rasa di katil. Rasa sakit bersalin hilang berganti dengan kesedihan. 



6 Hari kemudian 


Doktor dari NICU ( Hospital Tengku Ampuan Afzan ) HTAA menelefon suami dan meminta saya datang ke hospital untuk belajar menyusukan baby. 


Keesokan harinya, hati saya hancur! bila melihat baby Muqarrabin berada di Zon Merah dalam NICU. Bilik tersebut dengan mempunyai 8 baby keseluruhannya yang mempunyai masalah kesihatan sewaktu kelahiran. 


Dalam bilik, dikelilingi dengan mesin-mesin oksigen untuk selamatkan nyawa baby yang ada di sini. 


Sekali lagi, mata saya berkaca! mujur saya mengenakan mask, jadi tidak kelihatan sekiranya saya menangis sekalipun.  Dalam hati, boleh ke tidak baby Muqarrabin survive ni? dalam red zon. Bukan bilik biasa untuk newborn. Baby yang ada disini, semuanya menggunakan bantuan oksigen dari mesin yang mana pada badan baby-baby dipenuhi wayar dan tiub. 


"Nurse, mana satu baby saya?" 


"Nama siapa maknya?" kata nurse yang bertugas sedang menguruskan baby lain. 


"Nor Azlina."



"Oh, yang doktor nak ajar penyusuan tu kan. Ni depan  pintu jer. Cuci tangan dulu ye puan kat luar sana."


Dengan perlahan, kaki melangkah ke arah baby. Kemudian saya mengundur untuk keluar  membersihkan kedua tangan. 



Sekembalinya saya ke dalam bilik Zon Merah. Staff nurse keluarkan wayar tiub halus dari baby Muqarrabin. Agak panjang.


"Saya kena buat semua ni ke balik rumah nanti. Masukkan wayar?" dalam hati, habis dah aku ni. Aku tak reti dan tidak sanggup mahu masukkan wayar tiub yang panjang ke dalam mulut dan tekak baby. 


"Eh, taklah. Ni kami masukkan tiub sebab nak beri dia susu."


Fuhh, rupanya bukan! kalau tidak, memang awal saya tidak akan buat. Sebab saya jenis ibu yang mudah menangis dan tidak sanggup melihat anak begitu. 


Kemudian, saya diberikan tunjuk ajar :


1. Bagaimana mahu menyusukan baby Klef. 

2. Posisi baby Klef  menyusu. 

3. Waktu penyusuan  newborn baby Klef. 


Dalam bilik NICU ini, saya juga diterangkan masalah baby. Rupa-rupanya, baby juga Klef lelangit selain bibir. Allahuakbar! hancur hati saya sekali lagi. Saya memikirkan masa depan dia. 


Doktor kanak-kanak dan doktor gigi jika tidak silap pantau saya ketika proses penyusuan. 1 set botol dan puting serta buku dan pamplet dari group CLAPAM diberikan kepada saya sebaik penjelasan diberikan. Rm 10 untuk keahlian CLAPAM. Kata doktor, boleh sertai di group Facebook untuk masalah Klef dan Palate. 


Oleh sebab baby mempunyai masalah Klef bibir dan Palate, baby tidak boleh menyusu direct dari badan ibu kerana boleh mengakibatkan tersedak susu. Selain itu, botol susu juga jenis special iaitu dihujung berbentuk susu. 



Check Kuning 


Baby kuning sehingga hari ke-21. Setiap kali datang ke klinik, mata saya sentiasa berkaca. Ini kerana pandangan ( ekor mata mereka )  dari ibu-ibu dan ayah yang membawa baby masing-masing ke klinik kesihatan melihat saya dengan kelainan. 


Ya Allah! masa ni, saya mengadu kepada suami bahawa  tidak kuat untuk ke klinik. Tambah lagi, hanya beberapa kali sahaja suami temankan saya, memandangkan cuti suami 7 hari telah pun habis. 


Beberapa orang staff nurse disini menenangkan saya dengan berkata:


"Takpe puan. Kat HTAA ada pakar bedah hebat. Boleh repair semula tu. Jadi, puan kena bersabar dengan mulut-mulut orang."



Dalam saya bersedih , hati kami suami isteri juga risau memikirkan kos perbelanjaan pembedahan Klef. Ada staff nurse beritahu kos sekitar RM 8,000 bagi pembedahan mulut sahaja. Lebih kurang 2 minggu saya bersedih, dan saya kuatkan hati bertanya dalam group Klef. Kos sebenar adalah ratusan sahaja jika di Hospital Kerajaan. Lega! jika tidak, saya terpaksa bekerja keras bersama suami untuk mengumpul dana tersebut. 



Hikmah cerita :


Kami suami isteri dan anak-anak yang lain bersatu hati membesarkan baby Muqarrabin dengan sepenuh hati. Walaupun ada orang terdekat yang mempertikaikan kelahiran baby Muqarrabin. 


"Kenapa macam ni? anak-anak 4 orang semua elok kan?" soal individu tersebut. 


"Saya terima ujian Allah dengan reda. Baby macam ni, biasanya dia cerdik dan banyak bawa rezeki kepada kami sejak dalam perut. Takkan saya tak nak terima, ni darah daging saya dan suami." sayu hati ketika menjawab pertanyaan diatas. Sebagai ibu, saya mesti kuat juga pertahankan zuriat sendiri. 


Dengan kata-kata saya tadi, individu tersebut terdiam ketika datang melawat saya dalam minggu ke-3 berpantang ketika itu. 


P/s: Setiap kali baby menangis, saya pujuknya dengan zikir munajat. Hati saya pun tenang, baby selenanya tidur. 


Dalam fasa berpantang, sangat menguji kesabaran kami suami isteri untuk sesuai kan baby. Kata ibu-ibu dalam group Klef, baby meragam semestinya. Tambah lagi baby Klef dan palate. 



Ada masa terluang, saya akan update gambar di artikel ini.




Perancangan seterusnya selepas berpantang;


1. Kelas Basic SEO ( ada diskaun sempena ulang tahun perkahwinan kami Februari)

2. Rakaman dan nota slide Kelas Ghostwriter akan dijual pada harga RM 49.

3. Servis Tulis Artikel SEO.

4. Review servis dan produk di Blog.

5. Servis Content Writer website SEO 

6. Copywriting media sosial 

7. Copywriting Landing page 

8. Copywriting Sales Page 


Hubungi saya menerusi whatsapp 0189107161, sekiranya perlukan servis penulisan diatas. 



 







Catat Ulasan

0 Ulasan