Apa berlaku Selepas Berpantang 44 hari?

 Apa berlaku selepas berpantang 44 hari? ketika mempunyai anak seorang, perkara pertama selepas saya habis berpantang 44 hari adalah duduk depan cermin meja solek. Manakan tidaknya, saya tidak ingat kata-kata siapa. Katanya sekiranya berpantang secara betul, muka akan berseri-seri. Itu tanda berpantang dengan betul. Badan sihat bertenaga. Secara tidak langsung perut, pinggang dan pinggul cantik! 


selepas-berpantang-44-hari



Mudah betul saya percaya kata-kata dan petua siapa lah tu. Naif betul saya percaya tau! anak pertama memang ketat saya berpantang. Berpantang ikut orang lama-lama. Tapi, itu lah terseksa sangat. Sebab tidak dapat makan dan minum dengan cukup semasa berpantang. Semuanya gara-gara nak cantik, tidak mahu gemuk dan menggeleber. Haih! tapi, tidak juga cantik, bila hati tidak senang. Kan?


Saiz pinggang dari zaman anak dara 


Tidak dinafikan, saya berpantang agak ketat dari anak pertama sehingga ke-3. Sabar kan saya? tapi ok lah. Dari anak 1 hingga 3, pinggang masih bersaiz 27. Saiz pinggang ni dari zaman anak dara lagi. Masuknya anak ke-4, saya dah tidak berpantang ketat lagi.


Mula melanggar pantang


Masuknya anak nombor 4. Saya dah tidak berpantang 44 hari makanan gaya dulu lagi. Ini disebabkan, saya stress dalam pantang. Berat ujian berpantang kali ini, dengan baby Yusuf masuk di NICU dan saya pulang ke rumah tanpa baby di sisi. Lagi bertambah sedih, akhirnya stress.


Selama berpantang, asyik dengan linangan airmata sahaja sebab terkenangkan baby yang berada di NICU selama 7 hari. Bukan suami dan keluarga tidak berikan support system, ada. Cuma emosi lebih. Terkenangkan baby macam mana? tiada skin to skin dengan baby dek kerana nafas baby laju dan terus di masukkan ke NICU. 

Breast pula membengkak, dan akhirnya demam sehingga terpaksa ke hospital. 

Bila anak keluar NICU, saya pula kena pergi ke Hospital akibat demam dalam berpantang. Ujian sangat!


Bila baby dapat keluar NICU dan saya pulih dari demam. Kembali bahagia  sebab dapat susukan baby. Sini permulaan kenaikan berat badan dan saiz pinggang berubah. Haha. 


Selepas berpantang 44 hari 


Di tahun 2025, lagi teruk saya berpantang bersalin anak nombor 5 ! minggu pertama ok ikut cara lama berpantang. Bertungku, berpilis, minum air sedikit sewaktu berpantang, dan jaga makan. Sebab tidak mahu kenaikan badan berlaku.  

Ujian kali ini, lebih kuat. Hancur hati ketika di labour room . Pun baby di NICU dan pulang tanpa baby disisi. 

Masuk minggu ke-2, saya dah berani makan nasi bryani. Petang order Zuss Cafe dan Roti Croissant. Setiap 2 hari sekali, memang akan order Grab. 

Suami memang tidak bagi saya makan gitu, gula tinggi katanya. Tapi itulah. Beli senyap-senyap sebelum suami pulang kerja. Saya gunakan duit simpanan sendiri, hasil menabung duit gaji ghostwriting 3 bulan sebelum berpantang. 


Habisnya berpantang 44 hari. Nah! terus pinggang bertukar saiz. Nak menangis dah tiada guna!  34cm saiz pinggang terkini saya di tahun 2025. Tapi pelik pula, dah macam buah pear. Baju kurung moden dah banyak yang tidak boleh dipakai lagi. Stress lagi! bila stress saya cari ZUSS Coffee. Itu lah saya setiap petang. Huhhh! 


Buncit selepas 44 hari berpantang?


Masya-Allah. Syukur nikmat. Mujurlah perut tidak buncit selepas berpantang! sebab part ini  ketat dalam penjagaannya. Selepas mandi, saya mengenakan bengkung bertali sehingga tidur. Bengkung dibuka sekiranya mahu mandi sahaja. 

Teringat suami jiran sebelah rumah , sewaktu saya dan suami datang melawat isterinya berpantang lama dulu. Siap minta petua saya kempiskan perut. Terkejut lah juga. Saya katakan, hanya berbengkung dan sapu perut dengan halia bercampur cuka. Itu rahsia saya kempiskan perut. 



Pengajaran  dari cerita diatas. Jangan stress ketika berpantang dan elakkan atau boleh kurangkan dari minum air manis. Oh ye, sebelum terlupa. Di fasa mengandung pun, jangan makan tidak ingat dunia. Saya kerap minum minuman berais dan gula. Ini pun salah satu faktor kenaikan berat badan berlaku . Paha dan pinggul membesar dengan jayanya. 







Catat Ulasan

0 Ulasan