Proses pisahkan anak dengan lampin pakai buang bukanlah mudah, sekiranya ibu tidak serius dan tidak mengambil berat untuk training anak. Ibu lah yang perlu mainkan peranan besar terhadap anak-anak. Pernah dulu, semasa training anak nombor 2. Jatuh sakit saya dibuatnya, semata-mata mahu pisahkan lampin pakai buang anak. Kali ini, giliran anak nombor 4 pula.
![Ibu mengajar anak lelaki berusia 5 tahun pisah lampin pakai buang pisah-lampin-pakai-buang](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxtOjJy89Ac-4LdyHZcF7yw1V32z2f1pO3syFaLExMDNH6g1E9YQcVpkiaDiQ3Vof7NMET4Nx_aJJuQ4L0iWyh4dpkzsnRHpvHrRMu5SayVVJF3e9BBV9DbU-DoyhUgywoDhefnQ6VThKJqajiRhRk3NA7fLQ5Tx7xaIG0GIjqCfIWCTPjZ_BueSncVLc/w360-h640-rw/pisahlampinpakaibuang.webp)
"Dah kencing." kata Yusuf 5 tahun kepada saya.
"Dalam tandas?" Sambil saya memangku baby.
"Betul!".
"Beri tepukan gemuruh kepada Ahmad Yusuf." Suara saya ditinggikan sedikit, tapi dalam nada gembira.
Soffea, Sara dan Furqan berhenti seketika membuat kerja-kerja mereka ( periksa buku-buku teks ) bagi memberi penghargaan kepada Yusuf.
Sebenarnya sudah 3 hari Yusuf bebas dari penggunaan kain lampin buang, memandangkan minggu depan dah nak sekolah.
P/s: Ikutkan, ini kali ke-2 percubaan. Dan percubaan ke-2 membuahkan hasilnya.
Cubaan pertama gagal berpisah lampin pakai buang
Cubaan pertama, suami belikan seluar dalam kosong tanpa gambar kartun. Masa tu, saya sedang sarat mengandung. Tak larat nak training Yusuf. Itu yang gagal!
Cubaan kali ke-2
Kali ke-2, saya belikan seluar kartun Spiderman. Sekotak dengan mempunyai 5 pilihan warna berbeza. Syukur! menjadi.
Sebagai ibu, kita perlu memberi semangat kepada anak yang mahu bebas lampin pakai buang. Soffea dan Furqan bebas lampin pada usia 2 tahun . Manakala, Sara ketika 5 tahun juga, sama seperti Yusuf.
Tenang sahaja untuk proses berpisah lampin pakai buang
"Sudah lah pakai pampers. Abah takde duit, baby lagi nak kena beli pampers!" kata suami kepada Yusuf 5 tahun.
0 Ulasan