Hari ke-29 rezeki datang

Orang cakap, kita jangan terlalu takutkan ketiadaan job sebagai Ghostwriter . Harungi hari, minggu, dan bulan tersebut seperti biasa sahaja. Selagi kita risau, selagi itu Allah SWT akan menguji. Saya pernah tiada job selama 28 hari. Akaun saya kosong! Sedih gila tengok akaun bank masa tu.


Projek 4 angka sebagai Ghostwriter 

Tup-tup, Allah hadirkan job sebanyak 4 angka pada hari ke 29 dengan bayaran penuh untuk projek penulisan iaitu artikel SEO dan teknikal SEO di website. Masya-Allah. Dengan upah 4 angka itu, saya boleh buat simpanan xxx untuk belanja bersalin selama 60 hari


Rezeki anak-anak 

Sungguh, nak menangis dah masa tu. Rezeki saya, baby dalam kandungan dan anak-anak lain juga restu dari seorang suami.

Begitulah perjalanan saya. Dalam kebergantungan kepada Allah sepenuhnya, Allah datangkan rezeki di penghujung bulan. Masya-Allah.


Oh ya, sebenarnya saya ada job bulanan sebagai Content Writer. Tetapi saya terpaksa minta klien hold dulu untuk job tersebut. Saya tidak mahu diganggu sewaktu bersalin. 




Catat Ulasan

0 Ulasan